slider
Apakah itu PLABsymbol
divider
Pemutus Litar Arus Baki, atau dalam ringkasan PLAB boleh membantu menghalang dari berlakunya kemalangan atau kematian disebabkan renjatan elektrik dalam keluarga anda. PLAB atau lebih dikenali sebagai RCCB adalah satu peranti keselamatan elektrik yang mengesan dan mengukur kebocoran arus elektrik. Ia dipasang di dalam kotak pengagihan elektrik di dalam rumah anda.

Rumah anda mungkin mempunyai satu pemutus litar bocor ke bumi (PLBK atau ELCB) yang lama dan bukannya PLAB. ELCB adalah teknologi lama dan telah dilupuskan di pasaran. Adalah dinasihatkan supaya anda menggantikan ELCB jika rumah anda masih menggunakannya.


divider
Bagaimanakah PLAB Berfungsisymbol
divider
Apabila ia mengesan arus yang bocor melebihi jumlah nilai terpelantik (kepekaan), PLAB yang berfungsi akan terpelantik secara automatik dan memutuskan semua litar di dalam rumah anda. Oleh itu, segala kerosakan atau mudarat daripada kebocoran arus tadi dapat dicegah.
divider
Mengapakah PLAB pentingsymbol
divider
PLAB adalah alat yang mengesan kebocoran arus elektrik. Itulah sebabnya ia melindungi anda daripada kebakaran, kejutan elektrik, atau lebih teruk lagi, renjatan elektrik. Walau bagaimanapun, sebagai satu peranti elektromekanik, PLAB mungkin akan rosak selepas satu tempoh masa.